Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

26 November 2009

Expo'09 Agriculture & Agri Food Brunei Darussalam



Wednesday, 25 November 2009

A group of teachers and students from Sekolah Rendah Tungku went to the Agriculture and Agri Food Expo 2009 this afternoon. The expo was organised by the Department of Agriculture. The batch had a closer look at the agriculture plantation using a touring cart which was used purposely to carry the public touring around the area.

They, too, had the chance to look closely at the animals being displayed in cages and experienced to mingle with and touch the goats. Finally the batch went to the Agri Food Expo where local food producers sold their products. Teachers and students had some light refreshments there while touring and buying around especially the local fruits.










AROUND THE AGRICULTURE PLANTATION










23 November 2009

Murid Terbaik dan Cemerlang 2009



Isnin, 23 November 2009.

Sekolah Rendah Tungku telah meraikan murid terbaik dan cemerlang dari Pra hingga Tahun 6 di dewan sekolah tadi pagi. Acara bermula jam 8.30 pagi dan telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Tungku, Cikgu Haji Suhaili bin Haji Jaafar. Antara tetamu khas yang hadir ialah Penolong Guru Besar I SR Tungku iaitu Cikgu Saramah binti Mail dan Penolong Guru Besar II SR Tungku, Cikgu Fizawati binti Khanafiah.



Persembahan pentas bagi memeriahkan majlis itu telah dipersembahkan
oleh murid-murid PRA, murid Tahun 1, 3 dan 4. Majlis penyampaian hadiah murid terbaik dan cemerlang bertujuan untuk menghargai pengorbanan pembelajaran yang jitu dari murid-murid yang telah berjaya dalam peperiksaan akhir tahun yang diadakan baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, murid-murid terbaik yang diraikan ialah mereka yang telah mendapat tempat pertama hingga ketiga dalam peperiksaan tersebut. Murid cemerlang pula bagi mereka yang telah mendapat peratus cemerlang secara keseluruhan dalam semua matapelajaran yang diperiksakan. Tidak terkecuali juga penghargaan kepada murid-murid Tahun 6 yang telah berjaya dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun ini. Guru-guru subjek juga berkesempatan menyampaikan penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya mengikut kategori subjek yang dipelajari. Ibu bapa juga tidak ketinggalan memberi galakan kepada anak-anak mereka yang telah berjaya.



Acara kemuncak di majlis itu ialah memupul jagung oleh ibu bapa serta penjaga yang hadir bersama dengan guru-guru. Jagung diperolehi hasil dari projek pembelajaran matapelajaran Sains yang telah lama diadakan di sekolah. Benih jagung ditanam oleh penuntut-penuntut rendah atas melalui subjek Sains yang mereka pelajari.

   
  


Tujuan projek adalah untuk meningkatkan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran Sains dengan melibatkan penuntut untuk melihat, menilai, merasa serta mempelajari bahan dari buku dan gambar kepada bahan pembelajaran secara realiti.


Sekolah Rendah Tungku juga telah menyampaikan hadiah-hadiah penghargaan kepada ibu bapa serata penjaga yang aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Mereka yang diberi penghargaan ialah Awang Jasni bin Haji Japar, Haji Ali Yussof bin Kahar dan Haji Awangbin Moksin. Antara lain, hadiah penghargaan penglibatan murid dalam kategori akademik terbaik iaitu Nurhalimatul Afiqah bin Awang Matusin dari Tahun 6A dan kategori ECA terbaik iaitu Md Fauzi bin Jaidin dari Tahun 5C.


  

Majlis disudahi dengan bacaan doa selamat dan jamuan yang disediakan. Antara jamuan yang dihidangkan ialah jagung rebus yang telah dipupul sebelumnya untuk dinikmati bersama.

    
   
   

Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts