Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

22 September 2010

Guru Gemilang Pelajar Cemerlang



23 September
Guru Gemilang Pelajar Cemerlang

ditujukan khas kepada:
Semua Guru-Guru
di Negara Brunei Darussalam

dari kami:
Guru-Guru
Sekolah Rendah Tungku Brunei III



03 September 2010

Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim

Berlangsung pada hari Khamis, 2hb September 2010, majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim telah diungkayahkan oleh guru-guru Ugama sekolah ini bertempat di Dewan Sekolah Rendah Tungku. Majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Guru Besar Sekolah Rendah Tungku, Cikgu Hj Suhaili bin Hj Jaafar dan seterusnya Ustaz Hj Salleh bin Hj Nassir mengepalai bacaan surah-surah Al-Quran. Bacaan Tahlil dan Doa Khatam Al-Quran dibacakan oleh Ustaz Amiruddin.

Dikir Marhaban menandakan kemuncak majlis dan bunga telur, lazimnya seperti tahun-tahun lepas, diedarkan kepada guru-guru dan penuntut-penuntut yang hadir.

Penyampaian derma kepada anak-anak yatim telah diselajurkan dan disampaikan oleh Guru Besar. Penyampaian derma dari pihak sekolah ini adalah hasil kutipan derma seangkat-angkat hati dari semua guru-guru, kakitangan dan penuntut-penuntut serta ibu bapa. Cikgu Hajah Aming binti Haji Draman, salah seorang tenaga pengajar di sekolah ini juga telah menyampaikan derma seikhlas hati dari beliau kepada anak-anak yatim yang diraikan.


Majlis juga diserikan dengan dikir Marhaban.



Penyampaian derma anak-anak yatim kepada 10 orang murid telah disampaikan oleh Guru Besar SR Tungku, Cikgu Hj Suhaili bin Hj Jaafar.

Cikgu Hajah Aming binti Haji Draman menyampaikan derma kepada salah seorang murid

Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts